Thursday, December 12, 2013

Cara-cara Mengurangkan Berat badan???

Kali ini saya nak menjadi penasihat kesihatan dengan memberi tips untuk menurunkan berat badan lalu mencapai berat badan yang ideal. Seperti yang kita tahu, semakin ramai rakyat Malaysia yang telah mencapai tahap obesiti.
Cara Menurunkan 
Berat Badan

Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada tahun 2006. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.


  • Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
  • Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar. 
  • Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur. 
  • Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
  • Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari. 
  • Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda. 
Turunkan Berat Badan Dengan Cepat

  • Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.
  • Anda boleh menggunakan pil diet seperti suppliment Shaklee untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.
  • Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
  • Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.


        Wednesday, December 11, 2013

        Sihir Pukau.??

        Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.

        Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.
        Berikut adalah tanda-tanda terkena sihir pukau:

        • Melihat sesuatu tidak sebagai sebenarnya seperti melihat benda kecil menjadi besar atau sebaliknya.
        • Melihat wajah yang cantik menjadi buruk atau sebaliknya.
        • Menjadi bingung, tidak boleh bercakap dan menuruti permintaan seseorang walaupun tidak dengan kerelaan hati.
        • Tidak sedar akan diri sendiri walaupun ditanya sesuatu yang berkaitan tentang dirinya
        • Rasa mengantuk yang terlalu luar biasa.
        • Rasa begitu tertekan sehingga fikiran menjadi buntu.
        • Rasa benci terhadap orang yang patut disayangi seperti suami isteri.
        • Rasa kasih yang keterlaluan terhadap seseorang.
        • Berjalan menuju ke suatu tempat dalam keadaan tidak sedar atau ketika tidur.

        PUKAU BOLEH BERLAKU MELALUI:
        • Hembusan asap rokok.
        • Tenungan mata.
        • Perbualan.
        • Minuman
        • Handphone (percakapan dan sms).
        • Membuang najis dan membuang pakaian buruk di hadapan rumah.

        PUNCA SIHIR:
        • Masalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
        • Putus pertunangan.
        • Masalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
        • Rebutan pangkat kedudukan dalam masyarakat.
        • Rebutan harta pusaka.
        • Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
        • Cemburu, jahat sangka dan seumpamanya.
        • Mencuba kehebatan ilmu.
        • Mendapatkan keuntungan duniawi.

        MELINDUNGI DIRI DARIPADA GANGGUAN DAN SIHIR:
        • Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh naib s.a.w.
        • Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.
        • Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.
        • Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
        • Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
        • Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
        • Jangan membunuh ular yang masuk kedalam rumah sesewang-wenangnya.
        • Jangan mendedahkan aurat kasar didalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita itu.
        • Jangan membuang benda berat tanpa menyebut nama Allah.

        Ini adalah sedikit sebanyak perkongsian yang dapat saya kongsikan bersama anda semua.. Semoga ini akan bermanfaat untuk kita semua..

        Salam sayang dari saya,
        Mahirah Rahman

        Tuesday, December 10, 2013

        Tenaga???

        Tenaga merupakan satu keperluan untuk diri kita dalam kehidupan kita sekarang..
        Kalau tak ada tenaga badan akan jadi lemah dan tidak bermaya..
        Nak buat kerja pun jadi malas je rasanya.. Kerjanya cuma nak baring je..
        Itu merupakan satu masalah yang boleh dikatakan sangat popular pada masa sekarang..
        Sebab apa.?? Sebab tenaga yang diperlukan melebihi daripada had tenaga yang tersimpan.. Oleh sebab itu bila tenaga dalam badan semakin berkurangan badan akan jadi lemah dan lesu..
        bagi company yang besar dan maju ini merupakan satu masalah besar yang perlu dibanteras..

        Bagi mengelakkan perkara ini berlaku pada saya, saya telah berjaya mengambil langkah yang bernas dengan menggunakan produk Shaklee iaitu Energizing Soy Protein yang memang terbukti dapat membantu membekalkan tenaga sepanjang hari.. 
        Selain membekalkan tenaga Energizing Soy Protein (ESP) juga boleh:
        • membantu mengekalkan awet muda
        • baik untuk prostat
        • membaiki pigmentasi
        • membaiki memori
        • baik untuk hormon


        Masalah berkenaan tenaga selesai dan dapat ekstra bagi yang lain juga..
        Tiada apa yang mampu mengubah kita melainkan diri kita sendiri..
        Kita yang memilih untuk menjadi lebih sihat ataupun tidak..

        Pakar kesihatan Shaklee --> Mahirah = 986768


        Monday, December 09, 2013

        Kehidupan sekarang..???

        As a student memang banyak yang perlu saya pertaruhkan terutama sekali pembahagian masa antara seorang pelajar dan juga businesswoman..
        Banyak perkara yang perlu dibuat dalam satu masa..
        Assignment, quiz, test, common test, follow up customer, consult customer.. Semua itu perlu dibuat dalam masa yang sama..
        Penat.??Hehehe memang penat pun tapi yang penting saya happy..In Sha Allah saya akan menjadi orang yang berjaya..Nak berjaya tak boleh malas..Kena selalu rajin dan berfikiran positif..

        Ok jom discuss.. Dengan pendapatan cuma RM15++ rasanya dah boleh hidup selesa ke pada zaman sekarang ni??
        Pada saya mungkin belum selesa sebab itu belum tentu dapat menampung perbelanjaan harian..Tak termasuk dengan keperluan harian, rumah, minyak kereta dan benda2 lain..Suami isteri yang bekerja pun belum mampu untuk cover semua sekali keperluan hidup sekeluarga..
        As same with me.. Belum habis study tapi dah ada hutang yang menunggu untuk dibayar..



        Alhamdulillah kerana saya telah membuat pilihan yang bijak dengan join dalam business yang tidak memerlukan modal kemasukan yang besar..Just only Rm75 untuk seumur hidup dan pulangan yang akan diperoleh melebihi yuran yang perlu dibayar..
        At least dapat bantu saya untuk cover balik apa yang perlu.. Dan kalau kerja pun nanti duit gaji dah boleh simpan.. Dah tak perlu terlalu runsing tentang ekonomi sebab ekonomi saya dah terjamin..
        Untungkan bila kita dah join business ni..
        Mempunyai rakan-rakan business dan juga leader yang amat membantu dan memang awesome.. akan sentiasa dipatau dan di Coaching.. Business lain ada ke macam ni.??
        Tidak pernah terasa terabai. Terjaga kehidupan dunia dan akhirat kerana leader yang menitikberatkan tentang amalan-amalan dunia dan akhirat..
        Sentiasa diberi kata-kata semangat dan juga motivasi yang bernas untuk berjaya..
        Bukan sahaja ada group dalam FB tapi wssup juga kami ada group ya..

        Berbisness sambil beribadat..
        Hubungan dengan Allah terjaga, rezeki kita pun akn dijaga..
        Nak berubah.??
        Hanya tinggal satu langkah lagi untuk berjaya..
        Feel free to ask me..
        Fast action, Fast Result..

        Mahirah ID -->986768






        Saturday, November 09, 2013

        Kurus VS Gemuk???




        Sekarang ni masalah berat badan merupakan satu perkara yang tidak asing dalam dunia wanita.. Terutama masalah obesiti yang menjadi salah satu perkara yang paling membimbangkan.. Pada saya jika kita mahukan sesuatu kita mestilah berusaha untuk mencapainya.. Betul tak??? Nak seribu daya tak nak seribu dalih..

        Bila saya mengemukakan kenyataan itu, orang mesti akan berkata memanglah dia cakap macam tu sebab badan dia tak gemuk macam kita-kita.. Itulah orang berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. Orang tak tahu apa yang saya lalui.. Masa sekolah rendah saya boleh dikira sebagai kurus sampai orang ada mengatakan mak ayah tak bagi makan ke.. Bila sekolah menegah berat badan dah mula naik.. Orang pula mengatakan eh kau dah gemuklah sekarang.. Memang susah untuk kita puaskan hati seseorang tapi percayalah hanya kita yang tahu keadaan diri kita..

        Saya sudah lali dengan ucapan orang disekeliling malah lebih teruk lagi pun ada.. Tapi apa yang kita boleh lakukan.?? Nothing.. Nak lawan.?? Boleh menang ke.. Tak apa kutuklah sebanyak mana pun nak kutuk yang pasti saya akan buktikan yang saya akan berjaya.. Orang yang melihat tidak rasa apa yang orang itu pikul.. 


        Ambik keputusan untuk jadi kurus bukanlah satu hal yang mudah.. Bagi orang yang melihat memanglh nampak begitu mudah.. Bagi orang yang melaluinya pula??Hanya Allah yang tahu.. Apabila timbang saya dapati berat badan saya 46kg.. Memang tak berat sangat tapi bagi orang sekeliling saya itu dah menampakkan saya seorang yang berisi.. Gemuk?? Oh No.. 

        Saya tahu tiada sesiapa pun yang nak gemuk.. Saya faham terutama kaum wanita.. Tapi apa yang perlu dibuat.?? Saya cuba untuk kurus dengan berjoging tapi jogingnya tak lama pun 2 hari saja yang mampu bertahan.. Lepas semua tu tak berjalan saya cuba untuk set mind balik.. Macam mana nak buat?? Saya cuba untuk set mind saya bahawa saya nak kurus.. Memang berhasil tetapi ada cabarannya.. Bila fikir nak kurus memang mudah tapi nak melakukannya memang susah.. Semua berpunca dari nafsu makan yang besar.. Itulah kata orang nak seribu daya tak nak seribu dalih.. Saya berusaha sehingga saya berjaya akhirnya 3kg berat saya trun dalam masa lebih kurang sebulan.. Now berat saya cuma 43kg.. Selain itu saya juga consume satu suppliment yang terbukti keberkesanannya.. Suppliment Shaklee iaitu Lecithin.. Saya tak risau menggunakaknnya kerana ia memang berhasil disamping usaha yang berterusan.. Shaklee juga merupakan satu produk yang menggunakan bahan semula jadi dan mesra alam.. NO bahan kimia.. NO perasa tiruan..  Ini kerana Shaklee amat menitikberatkan tentang kesihatan penggunannya..Hanya menggunakan bahan yang berkualiti sahaja.. Sebab itu saya berani menggunakannya..

        Percaya?? Mesti ada yang percaya dan tidakkan.. Terpulang pada semua.. Tapi satu saja pesan saya Just believe yourself.. Jangan pernah menoleh kebelakang bila kita dah melangkah kehadapan.. Jadikan yang lepas sebagai pengalaman.. Yang penting jangan dengar cakap orang lain kerana belum tentu apabila kita susah dia akan ada bersama dengan kita.. You decide what you want..





        Thursday, October 03, 2013

        Gadis 14 Tahun Memukul Ayahnya di Depan Orang Ramai..

        Assalamualaikum.. Ini adalah sebagai satu perkongsian semata2..
        Tidak tertumpu kepada sesiapa.. Cuma ingin membuka mata semua agar lebih peka terhadap keadaan sekeliling..

        Walaupun kejadian ini berlaku di luar negara kita tetap tidak boleh duduk bersantai kerana tidak mustahil ia tidak akan berlaku di negara kita...
        Lentur Buluh Biar Dari Rebungnya merupakan pepatah yang sering digunakan bagi membentuk anak-anak pada zaman sekarang.. Jadi masih belum terlambat untuk memperbetulkan ia..
        Jom kita hayati, renungkan dan ambil pengajaran daripada cerita ini..

        _________________________________________

        Apa yang menjadi persoalan dan mengejutkan ialah mengapa bapanya membiarkan saja anaknya bertindak demikian, malah menerima pukulan dalam keadaan yang tenang dan tidak menunjukkan sebarang kemarahan terhadap perbuatan anaknya yang melampau serta kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya.

        Pada satu ketika pula bapanya meminta anaknya untuk terus memukulnya..

        Menurut laporan media, Xiaojin sebenarnya lari meninggalkan rumah untuk bekerja di sebuah hotel dan dipercayai bergaul dengan kumpulan tidak baik..

        Dia telah dipaksa oleh bapanya kembali ke rumah dengan bantuan polis dan membawa krew media berita.

        Bapanya bimbang akan keselamatan anaknya yang bekerja dengan syarikat yang diragui selain pergaulannya dengan kumpulan budak-budak nakal..

        Latar kehidupan Xiaojin adalah dari keluarga bermasalah di mana kedua-dua orang tuanya telah bercerai semasa dia masih kecil dan akibatnya dia tinggal dan dibesarkan oleh datuk dan neneknya.

        Baru-baru ini dia terpaksa berpindah ke rumah bapanya setelah bapanya memenangi hak penjagaan anak.

        Namun Xiaojin tidak menyukai kehidupan baru bersama bapanya dan mendakwa dia selalu dipukul dan dimarahi bapanya ketika mabuk..


                                                     
        _______________________________________

        Moral of this story :


        • Jangan pernah sesekali menyakiti hati kedua ibu bapa kita kerana apabila mereka terasa kita akan berdosa disebabkan hal itu akan dianggap sebagai derhaka..
        • Beranggapan baiklah kepada ibu bapa anda..
        • Hargai mereka sebaik mungkin semasa mereka ada bersama kita.
        • Tidak kita betapa buruk kelakuan mereka, mereka tetap ibu bapa kita.. Apa yang kita mampu lakukan adalah menasihati dengan cara yang berhemah dan minta pertolongan dari Allah..
        Pengajaran untuk kita bersama.. :)

        SHAKLEE ID : 986768



        Friday, September 06, 2013

        ESP @ Soy Protein Isolate Powder

        Serbuk ESP SHAKLEE merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding protein daripada sumber daging, telur, tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolestrol.

        ESP merupakan makanan utama dalam produk SHAKLEE. Ini keran ianya amat penting dalam diet harian kita. ESP merupakan minuman berkhasiat kerana mempunyai sumber protein yang lengkap secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya.

        Soy Protein Shaklee ini diproses dengan air dan tidak menggunakan bahan kimia bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti geniste dan daidzein.

        ESP tidak mengandungi kolestrol dan laktosa. Ia menggandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekalkan tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan sendiri.  Merupakan sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik.  ESP Shaklee ini tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.



        Antara kelebihan ESP adalah:


        •  ESP dapat membantu menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
        • Protein soya yang terdapat dalam ESP Shaklee dapat membantu mengurangkan kolestrol dalam darah.
        • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh haid.
        • Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
        • ESP juga mampu untuk menghilangkan jeragat dan parut di muka termasuk parut jerawat.
        • Dapat mengelakkan risiko strok dan arteri tersumbat.
        • ESP dapat membantu mengelakkan pertumbuhan batu karang.
        • ESP mampu mengelakkan kerosakan buah pinggan. Ini kerana protein dari soya dapat melindungi buah pinggan anda.


        Terlalu banyak kelebihan ESP Shaklee yang dapat kita lihat dan kita alami sendiri jika kita mencubanya.
        Harganya juga amat berpatutan dengan kelebihan yang telah diberi kepada penggunanya.
        ESP tidak dikhusukan kepada kaum hawa sahaja tetapi juga disyorkan kepada kaum Adam juga.

        Sesungguhnya kesihatan kita hanyalah kita yang menetukannya.






        Mahirah
        ID No.: 986768



        Monday, August 26, 2013

        Kerana kesihatanku begitu berharga..

        Sekarang ni dapat kita lihat bahawa tidak ramai di antara kita yang mengambil berat tentang kesihatan masing-masig..Semuanya mengambil mudah tentang kesihatan masing-masing..

        Apabila sakit baru ramai yang risau tentang kesihatan masing-masing..Guys selalu dengarkan bahawa mencegah lebih baik dari mengubati..Oleh itu lebih baik daripada kita mencegah penyakit daripada mendekati kita daripada kita mengubatinya.

        Dapat kita lihat bahawa zaman sekarang ini terlalu banyak produk yang dikeluarkan untuk menarik minat pembeli untuk membeli produk mereka..Tetapi di sini saya ingin mengongsikan sedikit perkongsian tentang produk Shaklee yang digunakan oleh saya dan juga keluarga..Ini kerana Sharing is Caring..

        _____________________________________________

        Saya telah menggunakan produk Shaklee ini sejak diperkenalkan oleh seorang pensyarah yang telah menjadi supervisor di dalam perniagaan online ini..Alhamdulillah syukur sangat kerana dia telah berbaik hati untuk mengongsikan sebuah produk yang cukup hebat ini kepada saya..Dan saya juga cuba untuk mengembangkan kepada keluarga..Keluarga menerima baik apa yang saya beritahukan tentang produk Shaklee ini..Alhamdulillah segalanya berjalan lancar..

        Kami sekeluarga menggunakan produk Shaklee iaitu Lecithin ini pada awal bulan puasa..saya berasa bersyukur sangat kerana setelah menggunkan produk ini saya merasa seperti tidak berpuasa kerana tenaga yang dibekalkan amatlah mencukupi walaupun kita melakukan kerja yang berat..



        Ayah saya menggunakan produk Shaklee ini setelah saya memberitahu tentang kehebatan yang diperoleh daripada group dan juga blog-blog yang hebat..Dia pun cuba untuk memakan suppliment yang saya beli..Alhamdulillah kami sekeluarga dapat melihat keberkesananya..Ayah saya berkerja di bawah terik matahari dan kerja yang dilakukan merupakan pekerjaan yang berat tetapi setelah menggunakan produk ini dia masih bertenaga walaupun penat selepas melakukan tugas-tugas yang berat..Dan yang hebatnya sakit lutut yang dideritanya telah hilang..Alhamdulillah..

        Ibu saya pada mulanya berasa was-was untuk menggunakannya..Banyak soalan yang dilontarkan tentang produk ini apabila kita menggunakannya dan akibatnya..Saya berusaha untuk meyakinkannya dengan merujuk pada orang yang berpengalaman dan Alhamdulillah segala soalan dapat dijawab dan ibu saya menjadi yakin untuk menggunakan produk ini sehingga sekarang..Walaupun ibu saya melakukan kerja yang berat tetapi dia masih bertenaga untuk melakukan kerja lain..

        Alhamdulillah telah terbukti bahawa produk ini memang hebat dan awesome..Saya tidak agak-agak untuk berkongsi pengalaman ini kerana telah terbukti bahawa produk Shaklee ini memang berkesan..Setakat ini dulu perkongsian saya..InsyaAllah akan berjumpa lagi pada masa akan datang..




        Monday, August 05, 2013

        Advanced Joint Health..

        Advanced Joint Health.??
        Apa yang terdapat di dalam Advanced Joint Health.??
        Apakah kebaikan setelah menggunakannya.??

        Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat.

        Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendisendi.

        Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan.

        Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

        Advanced Joint Health Tablet dapat membantu anda untuk:

        1. Menyokong keselesaan sendi : Ekstrak Boswellia menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.

        2. Bertindak sebagai 'kusyen' : Ekstrak jagung membantu mengekalkan tulang rawan.

        3. Memelihara tisu penyambung yang sihat : Zinc, copper, manganese and vitamin C merupakan nutrien penting dalam kesihatan sendi dengan membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

        Melalui 3 cara inilah Advanced Joint Health Tablet dapat membantu melegakan sakit-sakit sendi.. Shaklee Advanced Joint Health Tablet ini sangat-sangat bagus sebab ianya dihasilkan dari ramuan aktif iaitu Boswellia yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi.





        Sunday, August 04, 2013

        Kesukaranku

        Normah kehidupan ada susah dan ada senang..Sekarang kita rasa bersemangat sekejap lagi kita akan rasa down..Kehidupan yang mempunyai pasang dan surutnya..

        Begitulah kehidupan kita..Kadang-kala akan rasa jatuh dan susah untuk bagkit kembali tetapi berkat tekad dan usaha yang ingin kita lakukan..kita akan berusaha untuk bangkit kembali..

        Kadang-kadang juga kita sihat dan tidak berkemungkinan juga kita akan sakit..
        Itulah kehidupan..Jadi sebelum kita sakit adalah lebih baik jika kita mencegahnya terlebih dahulu..

        Bagi anak-anak yang mempunyai ibu bapa, lihatlh kondisi ibu dan ayahmu.. Adakah mereka mempunyai masalah kesihatan ataupun tidak.?? Ini kerana mereka lebih suka mendiamkan diri daripada bersuara..

        Jika masalah ini berlaku adalah lebih baik jika kita mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk mereka demi kesihatan mereka.. Tidak kiralah berapa harga ubat tersebut janji mereka boleh sihat..

        Di sini saya ingin mengesyorkan satu produk yang boleh digunakan untuk membantu mengurangkan masalah sendi serta dapat mengekalkan sendi-sendi supaya kuat dan flexible..


        InsyaAllah masalah sendi yang dialami akan berkurangan dan menyebabkan mereka lebih selesa daripada biasa.. InsyaAllah..

        Saturday, August 03, 2013

        Kesihatan Adalah Keutamaan..




        Kesihatan merupakan satu elemen penting dalam kehidupan.. Disebabkan itu saya berusaha keras untuk mencari satu produk yang boleh digunakan dalam semua peringkat usia.. Alhamdulillah saya telah menemuinya.. Shaklee merupakan sebuah produk yang Halal  dan ia berasasakan sumber semula jadi yang tulen dan bebas dari bahan pengawet tiruan, pemanis, pewarna, dan perisa.

        Setiapa bahannya telah diuji dengan kawalan kualiti untuk ketulenan dan bebas dari bahan berbahaya seperti racun serangga. Setiap ramuan botanikal turut diuji oleh pihak ketiga.

        Setiapa produk juga mengandungi ramuan aktif yang tepat untuk kesihatan yang optimum secara konsisten.

        Produk Shaklee di Malaysia di sahkan Halah oleh ISA-Islamic Services of America, badan yang diiktiraf oleh JAKIM..




        About Me

        Assalamualaikum..

        Pertama sekali saya ingin mengucapkan Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana memberi saya peluang untuk lahir ke dunia ini.. Nama saya Siti Nur Mahirah binti A.Rahman.. Merupakan seorang student.. Tujuan saya membuat blog ini adalah untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman saya.. Berkat sokongan dan dorongan daripada orang-orang kesayangan yang ada disekeliling saya.. Saya amat berterima kasih kepada keluarga kerana memberikan kasih sepenuh komitmen untuk menceburkan  diri dalam perniagaan ini.. Bersyukur saya kerana bertemu seorang lecturer ini yang banyak membantu saya dan juga keluarga saya.. Kerana jasa beliau saya dapat  membuka satu bidang baru dalam kehidupan saya ini.. Menceburkan diri dalam satu bidang yang amat menyukarkan bagi saya.. Tapi Alhamdulillah segalanya dapat saya tangani.. InsyaAllah saya tidak akan melupakan segala tunjuk ajar yang telah diberikan kepada saya..

        Sekian, Wasalam..

        with love,
        Mahirah Mayra