Thursday, December 12, 2013

Cara-cara Mengurangkan Berat badan???

Kali ini saya nak menjadi penasihat kesihatan dengan memberi tips untuk menurunkan berat badan lalu mencapai berat badan yang ideal. Seperti yang kita tahu, semakin ramai rakyat Malaysia yang telah mencapai tahap obesiti.
Cara Menurunkan 
Berat Badan

Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada tahun 2006. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.


  • Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
  • Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar. 
  • Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur. 
  • Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
  • Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari. 
  • Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda. 
Turunkan Berat Badan Dengan Cepat

  • Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.
  • Anda boleh menggunakan pil diet seperti suppliment Shaklee untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.
  • Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
  • Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.


        Wednesday, December 11, 2013

        Sihir Pukau.??

        Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.

        Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.
        Berikut adalah tanda-tanda terkena sihir pukau:

        • Melihat sesuatu tidak sebagai sebenarnya seperti melihat benda kecil menjadi besar atau sebaliknya.
        • Melihat wajah yang cantik menjadi buruk atau sebaliknya.
        • Menjadi bingung, tidak boleh bercakap dan menuruti permintaan seseorang walaupun tidak dengan kerelaan hati.
        • Tidak sedar akan diri sendiri walaupun ditanya sesuatu yang berkaitan tentang dirinya
        • Rasa mengantuk yang terlalu luar biasa.
        • Rasa begitu tertekan sehingga fikiran menjadi buntu.
        • Rasa benci terhadap orang yang patut disayangi seperti suami isteri.
        • Rasa kasih yang keterlaluan terhadap seseorang.
        • Berjalan menuju ke suatu tempat dalam keadaan tidak sedar atau ketika tidur.

        PUKAU BOLEH BERLAKU MELALUI:
        • Hembusan asap rokok.
        • Tenungan mata.
        • Perbualan.
        • Minuman
        • Handphone (percakapan dan sms).
        • Membuang najis dan membuang pakaian buruk di hadapan rumah.

        PUNCA SIHIR:
        • Masalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
        • Putus pertunangan.
        • Masalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
        • Rebutan pangkat kedudukan dalam masyarakat.
        • Rebutan harta pusaka.
        • Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
        • Cemburu, jahat sangka dan seumpamanya.
        • Mencuba kehebatan ilmu.
        • Mendapatkan keuntungan duniawi.

        MELINDUNGI DIRI DARIPADA GANGGUAN DAN SIHIR:
        • Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh naib s.a.w.
        • Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.
        • Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.
        • Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
        • Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
        • Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
        • Jangan membunuh ular yang masuk kedalam rumah sesewang-wenangnya.
        • Jangan mendedahkan aurat kasar didalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita itu.
        • Jangan membuang benda berat tanpa menyebut nama Allah.

        Ini adalah sedikit sebanyak perkongsian yang dapat saya kongsikan bersama anda semua.. Semoga ini akan bermanfaat untuk kita semua..

        Salam sayang dari saya,
        Mahirah Rahman

        Tuesday, December 10, 2013

        Tenaga???

        Tenaga merupakan satu keperluan untuk diri kita dalam kehidupan kita sekarang..
        Kalau tak ada tenaga badan akan jadi lemah dan tidak bermaya..
        Nak buat kerja pun jadi malas je rasanya.. Kerjanya cuma nak baring je..
        Itu merupakan satu masalah yang boleh dikatakan sangat popular pada masa sekarang..
        Sebab apa.?? Sebab tenaga yang diperlukan melebihi daripada had tenaga yang tersimpan.. Oleh sebab itu bila tenaga dalam badan semakin berkurangan badan akan jadi lemah dan lesu..
        bagi company yang besar dan maju ini merupakan satu masalah besar yang perlu dibanteras..

        Bagi mengelakkan perkara ini berlaku pada saya, saya telah berjaya mengambil langkah yang bernas dengan menggunakan produk Shaklee iaitu Energizing Soy Protein yang memang terbukti dapat membantu membekalkan tenaga sepanjang hari.. 
        Selain membekalkan tenaga Energizing Soy Protein (ESP) juga boleh:
        • membantu mengekalkan awet muda
        • baik untuk prostat
        • membaiki pigmentasi
        • membaiki memori
        • baik untuk hormon


        Masalah berkenaan tenaga selesai dan dapat ekstra bagi yang lain juga..
        Tiada apa yang mampu mengubah kita melainkan diri kita sendiri..
        Kita yang memilih untuk menjadi lebih sihat ataupun tidak..

        Pakar kesihatan Shaklee --> Mahirah = 986768


        Monday, December 09, 2013

        Kehidupan sekarang..???

        As a student memang banyak yang perlu saya pertaruhkan terutama sekali pembahagian masa antara seorang pelajar dan juga businesswoman..
        Banyak perkara yang perlu dibuat dalam satu masa..
        Assignment, quiz, test, common test, follow up customer, consult customer.. Semua itu perlu dibuat dalam masa yang sama..
        Penat.??Hehehe memang penat pun tapi yang penting saya happy..In Sha Allah saya akan menjadi orang yang berjaya..Nak berjaya tak boleh malas..Kena selalu rajin dan berfikiran positif..

        Ok jom discuss.. Dengan pendapatan cuma RM15++ rasanya dah boleh hidup selesa ke pada zaman sekarang ni??
        Pada saya mungkin belum selesa sebab itu belum tentu dapat menampung perbelanjaan harian..Tak termasuk dengan keperluan harian, rumah, minyak kereta dan benda2 lain..Suami isteri yang bekerja pun belum mampu untuk cover semua sekali keperluan hidup sekeluarga..
        As same with me.. Belum habis study tapi dah ada hutang yang menunggu untuk dibayar..



        Alhamdulillah kerana saya telah membuat pilihan yang bijak dengan join dalam business yang tidak memerlukan modal kemasukan yang besar..Just only Rm75 untuk seumur hidup dan pulangan yang akan diperoleh melebihi yuran yang perlu dibayar..
        At least dapat bantu saya untuk cover balik apa yang perlu.. Dan kalau kerja pun nanti duit gaji dah boleh simpan.. Dah tak perlu terlalu runsing tentang ekonomi sebab ekonomi saya dah terjamin..
        Untungkan bila kita dah join business ni..
        Mempunyai rakan-rakan business dan juga leader yang amat membantu dan memang awesome.. akan sentiasa dipatau dan di Coaching.. Business lain ada ke macam ni.??
        Tidak pernah terasa terabai. Terjaga kehidupan dunia dan akhirat kerana leader yang menitikberatkan tentang amalan-amalan dunia dan akhirat..
        Sentiasa diberi kata-kata semangat dan juga motivasi yang bernas untuk berjaya..
        Bukan sahaja ada group dalam FB tapi wssup juga kami ada group ya..

        Berbisness sambil beribadat..
        Hubungan dengan Allah terjaga, rezeki kita pun akn dijaga..
        Nak berubah.??
        Hanya tinggal satu langkah lagi untuk berjaya..
        Feel free to ask me..
        Fast action, Fast Result..

        Mahirah ID -->986768