Saturday, November 09, 2013

Kurus VS Gemuk???




Sekarang ni masalah berat badan merupakan satu perkara yang tidak asing dalam dunia wanita.. Terutama masalah obesiti yang menjadi salah satu perkara yang paling membimbangkan.. Pada saya jika kita mahukan sesuatu kita mestilah berusaha untuk mencapainya.. Betul tak??? Nak seribu daya tak nak seribu dalih..

Bila saya mengemukakan kenyataan itu, orang mesti akan berkata memanglah dia cakap macam tu sebab badan dia tak gemuk macam kita-kita.. Itulah orang berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. Orang tak tahu apa yang saya lalui.. Masa sekolah rendah saya boleh dikira sebagai kurus sampai orang ada mengatakan mak ayah tak bagi makan ke.. Bila sekolah menegah berat badan dah mula naik.. Orang pula mengatakan eh kau dah gemuklah sekarang.. Memang susah untuk kita puaskan hati seseorang tapi percayalah hanya kita yang tahu keadaan diri kita..

Saya sudah lali dengan ucapan orang disekeliling malah lebih teruk lagi pun ada.. Tapi apa yang kita boleh lakukan.?? Nothing.. Nak lawan.?? Boleh menang ke.. Tak apa kutuklah sebanyak mana pun nak kutuk yang pasti saya akan buktikan yang saya akan berjaya.. Orang yang melihat tidak rasa apa yang orang itu pikul.. 


Ambik keputusan untuk jadi kurus bukanlah satu hal yang mudah.. Bagi orang yang melihat memanglh nampak begitu mudah.. Bagi orang yang melaluinya pula??Hanya Allah yang tahu.. Apabila timbang saya dapati berat badan saya 46kg.. Memang tak berat sangat tapi bagi orang sekeliling saya itu dah menampakkan saya seorang yang berisi.. Gemuk?? Oh No.. 

Saya tahu tiada sesiapa pun yang nak gemuk.. Saya faham terutama kaum wanita.. Tapi apa yang perlu dibuat.?? Saya cuba untuk kurus dengan berjoging tapi jogingnya tak lama pun 2 hari saja yang mampu bertahan.. Lepas semua tu tak berjalan saya cuba untuk set mind balik.. Macam mana nak buat?? Saya cuba untuk set mind saya bahawa saya nak kurus.. Memang berhasil tetapi ada cabarannya.. Bila fikir nak kurus memang mudah tapi nak melakukannya memang susah.. Semua berpunca dari nafsu makan yang besar.. Itulah kata orang nak seribu daya tak nak seribu dalih.. Saya berusaha sehingga saya berjaya akhirnya 3kg berat saya trun dalam masa lebih kurang sebulan.. Now berat saya cuma 43kg.. Selain itu saya juga consume satu suppliment yang terbukti keberkesanannya.. Suppliment Shaklee iaitu Lecithin.. Saya tak risau menggunakaknnya kerana ia memang berhasil disamping usaha yang berterusan.. Shaklee juga merupakan satu produk yang menggunakan bahan semula jadi dan mesra alam.. NO bahan kimia.. NO perasa tiruan..  Ini kerana Shaklee amat menitikberatkan tentang kesihatan penggunannya..Hanya menggunakan bahan yang berkualiti sahaja.. Sebab itu saya berani menggunakannya..

Percaya?? Mesti ada yang percaya dan tidakkan.. Terpulang pada semua.. Tapi satu saja pesan saya Just believe yourself.. Jangan pernah menoleh kebelakang bila kita dah melangkah kehadapan.. Jadikan yang lepas sebagai pengalaman.. Yang penting jangan dengar cakap orang lain kerana belum tentu apabila kita susah dia akan ada bersama dengan kita.. You decide what you want..





No comments:

Post a Comment