Tuesday, April 22, 2014

"Pergimu tiada penganti nenek"

Assalamualaikum kepada semua pembaca..
Terima kasih saya ucapkan kerana sudi membaca di blog saya yang tidak seberapa ini..

Pada post kali ini ingin saya berkongsi serba sedikit berkenaan dengan kisah sedih yang tidak pernah saya jangka akan berlaku dalam hidup saya..
Segala susah payah yang kami lalui bersama, gelak tawa, suka duka.. Itu semua tidak akan berlaku lagi sekarang..

30 December 2012---->Arwah Nenek saya diserang angin ahmar sebelah badan..Iaitu disebelah kanan.. Semasa itu saya berada di sem 2..Walaupun saya masih belajar ianyan tidak menghalang saya dan juga ahli keluarga yang lain turut menghulurkan bantuan untuk menjaga arwah nenek dihospital.. Dari hospital kota tinggi sehingga hospital di Johor..
Semua tidak menyangka bahawa ini yang akn terjadi.. Orang yang tiada sebarang penyakit termasuk kencing manis dan darah tinggi.. Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui...

Selepas keluar dari hospital arwah nenek dijaga bergilir2 oleh adik beradik mak.. Boleh dikatakan setiap malam kami sekeluarga akan berpindah randah untuk menumpang tidur dirumah mereka bagi bersama2 menjaga arwah nenek..

Arwah nenek sakit sehinggalah saya berada di sem 3.. Alhamdulillah berkesempatan menjaganya dirumah sendiri hampir 2 bulan.. Selepas kami naik belajar arwah nenek dijaga oleh pakcik saya..

Saya ingat lagi semasa arwah masih boleh bercakap dia begitu teringin melihat akak saya kahwin.. Ayat yang sampai sekarang msih saya ingat.. Allah rindu betul dengan dia..

Pembahagian masa belajar entah dah kemana..saya sendiri pun tak tahu.. Dengan study, assignment, quiz, test dan bermacam lagi yang perlu saya hadapi dalam situasi begini..

Kami kehilangan arwah nenek pada 27 Jun 2013.. Pada masa itu tiba2 akak mendapat panggilan dari ayah yang menyuruh kami pulang.. Akk mencari saya yang kebetulan berada di cafe kolej.. Kami tidak sedap hati kerana ayah menelefon menggunakan number makcik.. Jadi saya call makcik balik..

Dan dari situ kami mendapat berita yang tidak disangka2 bahawa nenek telah meninggal dunia.. Allah.. Masa tu saya tergamam.. nak menagis tak boleh menangis tapi saya kuatkn semangat.. Sesampai dirumah pakcik saya melihat arwah nenek telah terbujur kaku diatas tilam..  Tak tertahan air mata ini untk mengalir.. Sayu rasanya kerana orang yang kita sayang akhirnya meninggalkan kita untuk selama-lamanya..

Al-fatiha kami sedekahkan untuk arwah nenek yang amat kami sayangi.. Semoga ditempatkan di tempat orang2 yang beriman.. Amin..

Tempatmu tiada pengganti..Hilanglah tempat untuk kami bermanja..


NENEK kami rindu..

No comments:

Post a Comment