Thursday, October 03, 2013

Gadis 14 Tahun Memukul Ayahnya di Depan Orang Ramai..

Assalamualaikum.. Ini adalah sebagai satu perkongsian semata2..
Tidak tertumpu kepada sesiapa.. Cuma ingin membuka mata semua agar lebih peka terhadap keadaan sekeliling..

Walaupun kejadian ini berlaku di luar negara kita tetap tidak boleh duduk bersantai kerana tidak mustahil ia tidak akan berlaku di negara kita...
Lentur Buluh Biar Dari Rebungnya merupakan pepatah yang sering digunakan bagi membentuk anak-anak pada zaman sekarang.. Jadi masih belum terlambat untuk memperbetulkan ia..
Jom kita hayati, renungkan dan ambil pengajaran daripada cerita ini..

_________________________________________

Apa yang menjadi persoalan dan mengejutkan ialah mengapa bapanya membiarkan saja anaknya bertindak demikian, malah menerima pukulan dalam keadaan yang tenang dan tidak menunjukkan sebarang kemarahan terhadap perbuatan anaknya yang melampau serta kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya.

Pada satu ketika pula bapanya meminta anaknya untuk terus memukulnya..

Menurut laporan media, Xiaojin sebenarnya lari meninggalkan rumah untuk bekerja di sebuah hotel dan dipercayai bergaul dengan kumpulan tidak baik..

Dia telah dipaksa oleh bapanya kembali ke rumah dengan bantuan polis dan membawa krew media berita.

Bapanya bimbang akan keselamatan anaknya yang bekerja dengan syarikat yang diragui selain pergaulannya dengan kumpulan budak-budak nakal..

Latar kehidupan Xiaojin adalah dari keluarga bermasalah di mana kedua-dua orang tuanya telah bercerai semasa dia masih kecil dan akibatnya dia tinggal dan dibesarkan oleh datuk dan neneknya.

Baru-baru ini dia terpaksa berpindah ke rumah bapanya setelah bapanya memenangi hak penjagaan anak.

Namun Xiaojin tidak menyukai kehidupan baru bersama bapanya dan mendakwa dia selalu dipukul dan dimarahi bapanya ketika mabuk..


                                             
_______________________________________

Moral of this story :


  • Jangan pernah sesekali menyakiti hati kedua ibu bapa kita kerana apabila mereka terasa kita akan berdosa disebabkan hal itu akan dianggap sebagai derhaka..
  • Beranggapan baiklah kepada ibu bapa anda..
  • Hargai mereka sebaik mungkin semasa mereka ada bersama kita.
  • Tidak kita betapa buruk kelakuan mereka, mereka tetap ibu bapa kita.. Apa yang kita mampu lakukan adalah menasihati dengan cara yang berhemah dan minta pertolongan dari Allah..
Pengajaran untuk kita bersama.. :)

SHAKLEE ID : 986768