Tuesday, April 22, 2014

"Pergimu tiada penganti nenek"

Assalamualaikum kepada semua pembaca..
Terima kasih saya ucapkan kerana sudi membaca di blog saya yang tidak seberapa ini..

Pada post kali ini ingin saya berkongsi serba sedikit berkenaan dengan kisah sedih yang tidak pernah saya jangka akan berlaku dalam hidup saya..
Segala susah payah yang kami lalui bersama, gelak tawa, suka duka.. Itu semua tidak akan berlaku lagi sekarang..

30 December 2012---->Arwah Nenek saya diserang angin ahmar sebelah badan..Iaitu disebelah kanan.. Semasa itu saya berada di sem 2..Walaupun saya masih belajar ianyan tidak menghalang saya dan juga ahli keluarga yang lain turut menghulurkan bantuan untuk menjaga arwah nenek dihospital.. Dari hospital kota tinggi sehingga hospital di Johor..
Semua tidak menyangka bahawa ini yang akn terjadi.. Orang yang tiada sebarang penyakit termasuk kencing manis dan darah tinggi.. Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui...

Selepas keluar dari hospital arwah nenek dijaga bergilir2 oleh adik beradik mak.. Boleh dikatakan setiap malam kami sekeluarga akan berpindah randah untuk menumpang tidur dirumah mereka bagi bersama2 menjaga arwah nenek..

Arwah nenek sakit sehinggalah saya berada di sem 3.. Alhamdulillah berkesempatan menjaganya dirumah sendiri hampir 2 bulan.. Selepas kami naik belajar arwah nenek dijaga oleh pakcik saya..

Saya ingat lagi semasa arwah masih boleh bercakap dia begitu teringin melihat akak saya kahwin.. Ayat yang sampai sekarang msih saya ingat.. Allah rindu betul dengan dia..

Pembahagian masa belajar entah dah kemana..saya sendiri pun tak tahu.. Dengan study, assignment, quiz, test dan bermacam lagi yang perlu saya hadapi dalam situasi begini..

Kami kehilangan arwah nenek pada 27 Jun 2013.. Pada masa itu tiba2 akak mendapat panggilan dari ayah yang menyuruh kami pulang.. Akk mencari saya yang kebetulan berada di cafe kolej.. Kami tidak sedap hati kerana ayah menelefon menggunakan number makcik.. Jadi saya call makcik balik..

Dan dari situ kami mendapat berita yang tidak disangka2 bahawa nenek telah meninggal dunia.. Allah.. Masa tu saya tergamam.. nak menagis tak boleh menangis tapi saya kuatkn semangat.. Sesampai dirumah pakcik saya melihat arwah nenek telah terbujur kaku diatas tilam..  Tak tertahan air mata ini untk mengalir.. Sayu rasanya kerana orang yang kita sayang akhirnya meninggalkan kita untuk selama-lamanya..

Al-fatiha kami sedekahkan untuk arwah nenek yang amat kami sayangi.. Semoga ditempatkan di tempat orang2 yang beriman.. Amin..

Tempatmu tiada pengganti..Hilanglah tempat untuk kami bermanja..


NENEK kami rindu..

Friday, April 18, 2014

Mahalnya????

"Aduh mahalnya produk tutt tutt..Macam mana ni.."

Produk yang terbaik sudah tentu harga pun sedikit mahal berbanding produk yang lain.. Sebab bahan yang digunakan juga bahan yang terbaik.. Kualiti juga yang terbaik.. Memang semua terbaik..

So setakat harga yang sedikit lebih mahal tu adatlah sebab kesannya pun terbaik.. Itu semua pilihan kita..



Okay kita tengok macam nilah ye..

Pernah tak tengok barang ori yg berjenama dgn harga RM10 sehelai.??
Mustahil sangat..sebab apa.??
Sebab bahan yang diaorg guna terbaik. Dari jenis kain, jahitan tu semua diambil kira.. Makin mahal sesuatu barang itu makin cantik jahitannya..

Try bezakan antara baju sluar jean yang harga Rm200 dengan sluar jean yang harga RM20..terlalu banyak perbezaan.. Tak sampai sebulan yang murah itu dah lusuh dan koyak2.. bagi sluar jean yang mahal pula steady je lagi..
Betul tak.??

Sebab itu bila sesuatu produk yang baik untuk kesihatan jangan pernah dipertikaikan harganya.. Ye saya tahu kadang kala masalh kewangan yang menjadi penghalang untuk membeli sesuatu benda yang memang kita perlukan.. Nak seribu daya tak nak seribu dalih..

Orang sekarang ni jika diteliti betul2 memang pelik.. Dia lebih suka mencari ubat bila dah sakit berbanding dengan mencegah penyakit datang.. pepatah mencegah lebih baik dari mengubati dah tak boleh pakai dah sekarang..Mereka memang lebih gemar sakit daripada mencegah sesuatu penyakit..

Saya bangga dengan produk yang saya guna..Kerana saya tahu bahan yang digunakan iaiatu bahan semula jadi, mesra alam dan selamat untuk semua orang.. Ia juga dah bertapak selama 50 thun so tak ada sangsi lagi nak guna produk Shaklee ni..
Tak ada yang lebih baik.. Harga dia.?? Not bad..Tapi tak adalah sampai tak mampu nak beli.. Harga tempat no. 2 ye..
Kesannya pula memang "The Best.." Tak rugi bila dh guna..



Hidup yang sihat itu pilihan kita..
Tak akn beli sluar or baju yang mahal2 boleh, tapi beli produk kesihatan untuk family tak boleh pulak kan..

Pilihan terletak ditangan anda.. Anda mampu mengubahnya kerana Diri anda begitu berharga..