Wednesday, March 12, 2014

Masalah dan Dugaan Mematangkan Anda...

Setiap manusia ada masalah..Tipu bagi sesiapa yang menyatakan bahawa dia tiada masalah..



Saya.??? Masalah sentiasa datang tanpa pernah menunjukkan tanda untuk berhenti...
Ingatlah bahawa setiap masalah dan juga dugaan itu didatangkan kepada kita kerana bersebab dan selalunya tidak akan melebihi tahap keupayaan seseorang manusia...

Selalunya bila kita ada masalah dan juga merasa perit untuk meneruskan hidup dek kerana terlalu besar dugaan yang kita hadapi itu apa yang kita lakukan..

1. Menangis sehingga keluar air mata darah..
2. Sabar dan sentiasa berfikiran positif..
3. Mengadu segala-galanya kepada Allah..

Mana diantara pilihan diatas yang akan kita lakukan dahulu.??
Tepuk dada tanya diri anda sendiri..

Sepanjang perjalanan saya ini sebagai student dan juga businesswoman, banyak halangan, dugaan dan juga masalah yang saya hadapi.. TAPI saya tidak biarkan itu semua menjadi penyebab untuk saya gagal dan terus menerus berada ditakuk lama.. Bosan tok asyik duduk ditakuk lama...Nak berubah udara dan angin juga..

Ada sesiapa yang tak nak berubah ke dalam dunia ni.??

Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya cuma kita perlu bijak dalam menanganinya..
Jika baik cara yang kita guna maka baiklah juga penyelesaiannya.. Begitu juga sebaliknya..

Toksah lah nak bagitahu satu dunia tentang masalah yang kita hdapi..Simpan sorang2 sudah...
Orang yang baik bila tahu kita ada msalah akan mendoakan kita tetapi orang yg hati tak ada baik macam mna pula.?? Agaknya guling2 bila dapat thu kita ada maslah..

Bak kata UAI

At least bila kita mengadu dengan Allah beban dalam diri kita akn berkurangan sikit.. Kalau tidakpun share maslah tu dengan family.. Jangan share dengan org yang anda yakin tidak akn dapat memegang rahsia anda kerana ianya akan mendatangkn mudarat di kemudian hari...

Masalah, dugaan dan halangan itu semua sebagai satu lonjakan untuk seseorang itu menjadi lebih dewasa dan berfikiran terbuka..
Hidup kita ini tidak akan selamanya indah.. Macam langit, secerah-cerah langit pasti akan ada masa ia mendung dan menitiskan air matanya... (hujan ye)..

Muhasabah diri adalah jalan yang terbaik dan cuba untuk sentiasa membaik pulih kelemahan diri sendiri..
Ilmu yang paling berharga ialah pengalaman hidup kita sendiri bukan hidup orang lain..

Renung2kn dan selamat beramal... :)

No comments:

Post a Comment